~ Our Dirty Little Secret ~
Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?
Hidup
Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan
dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun, semua itu hilang sekelip mata
hanya keranasebuah kejadian dan sebaris kata.
Tragedi kebakaran
rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu
dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima
'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'?
Dan, yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya
menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang
sebenarnya masih bernafas?
Kepercayaan
Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu
persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu membuatkan
Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.
Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.
Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?
BUTTERFLY
- Product Code: BUTTERFLY
- Availability: In Stock
-
RM30
Tags: Bestseller